|
|
|
 |
Edaran: 2005
Edaran: Warner Music Malaysia Sdn Bhd
Komposer / Penulis Lirik: Adnan Abu Hassan, Nurul, Ita, Tris, Arab, Johan Farid Khairuddin, Omar Khan, Fazley, Yoon Gun, Han Kyung Mae, M.Nasir & Hazami...
Genre: Pop
Senarai Lagu: Kata, Mungkir Bahagia, Diari Cinta Kita, Pasti, Hanya Kerana, Sehebat Kamu, Dalam Diam, Bukan Aku Tak Mengerti, Memang Benar...
Lirik Lagu
|
|
|
Bukan mudah untuk mengekalkan populariti sebagai artis yang sedang meningkat naik. Nasib yang baik juga berpihak kepada Hazami apabila para peminat muzik tanahair nampaknya menerima kehadiran penyanyi ini di persada muzik tempatan kerana bakat semula jadi yang dia mikiki. Hazami kini bukan saja di kenali sebagai seorang penyanyi, bahkan hasil nukilannya dan juga kecenderungannya menjadi seorang guru vokal semakin menyerlah.
Jika terdahulu, melalui album pertamanya, lagu "Winter Sonata" versi melayu dikatakan mampu menandingi versi asalnya. Peminat-peminatnya seolah-oleh terus mehukan sesuatu yang lebih dari penyanyi ini.
Bertitik-tolak dari itu, Hazami mengambil cabaran itu lalu dia lebih tekun bekerja. Dia lebih gigih dsan teliti untuk menghasilkan karya muzik yang lebih baik, lebih mantap kerana dia tidak mahu terus berkarya dalam bayang - bayang 'Sonata Musim Salju'. Berkat kesabaran, kegigihan dan kerjasama dari semua yang terlibat maka terhasillah sebuah album baru berjudul KATA.
Syabas buat Hazami, anak muda kreatif berjiwa besar ini kerana KATA jelas menunjukkan kemajuan dan peningkatan Hazami di dalam berkarya.
"Saya dan Arab selaku penerbit album, cuba untuk menghasilkan sebuah album dan bukan untuk hanya menghasilkan hanya satu 'killer' song."
Tambah Hazami lagi "Kalau boleh semua lagu harus yang terbaik dan berpontesi untuk jadi hit. Saya mendapat sokongan dan kepercayaan daripada pihak Warner untuk menerbitkan bersama album kali ini. Oleh itu saya merasa amat bangga dan beterima kasih kepada pihak Warner dan semua yang membantu."
Album berkonsepkan pop yang mengambil masa lebih kurang 9 bulan untuk di siapkan secara keseluruhan ini melibatkan kolerasi penerbit, penulis lirik dan pencipta lagu, Azlan Abu Hassan, Reshmonu, Ahmad Fairus, Fauzi Marzuki, Acis dan Ajai adalah beberapa nama besar yang terlibat dalam pembikinan album ini.
Album ini cuba merangkumi elemen-elemen muzik 'Rhythm & Blues', Pop Melayu, dan Pop Rock yang benyak mempengerahu citarasa muzik tempatan masa kini. Setiap lagu mempunyai kekuatan dari segi melodi dan jiwa yang tersendiri.
Tidak lupa juga akan sumbangan para komposer dan penulis lirik yang sedikit sebanyak mewarnai setiap karya cerita yang dihasilkan dalam setiap lagu seperti Tris Zainol, Arab, Adnan Abu Hassan, Nurul, Ita dan seorang komposer baru yang sedang meningkat naik; Johan Farid Khairuddin dan Hazami sendiri... KATA adalah sebuah album untuk semua.
Suatu lagi kelebihan yang dapat dirasakan apabila mendengar album ini adalah kematangan di dalam penyampaian vokal Hazami. Setiap lagu dinyanyikan dengan penuh perasaan menepati kehendak cerita lagu. "Setiap lenggok melodi cukup asam dan garamnya. Yang penting maksuk sesebuah lagu itu sampai" tambah Hazami lagi.
[ Kembali... ]
|
|
| |
| |
|
| |
| |
| |
Copyrights 2006, 2007 Music & Me Entertainment , All Rights Reserved.
No Unauthorised Duplications Of Materials
|
|
|
|