Keluaran: 2002

Edaran: Warner Music Malaysia Sdn Bhd
Komposer / Penulis Lirik: Azlan Abu Hassan, Tris, RYU, Ajai, Nurul, Abie & Hazami...
Genre: Pop


Senarai Lagu: Sonata Musim Salju, Satu Cinta, Sebenarnya, Inspirasi, Fantasia, Tekad, Redha, Tabah, Aku Cinta Padamu, Jadi Pilihanku...

Lirik Lagu

Apa Kata Mereka?

SUMBER: MEDIA HIBURAN
PENGULAS: MEDIA HIBURAN


JUDUL albumnya punya maksud tersurat dan tersirat pada si penyanyi ini. Itu, tanggapan saya sahaja sebanarnya dan saya harap ianya tidak tersasar. Yelah secara logiknya pun Tekad Redha Tabah kalau dikaitkan dengan industri seni muzik tanah air... ia begitu, sukar untuk diramal. Untung sabut timbul , untuk batu tenggelam.

Namun kemunculan penyanyi bersuara jantan ini dengan mempertaruhkan Sonata Musim Salju , lagu tema dari drama bersiri paling popular di Malaysia, Winter Sonata, banyak memberi erti kepadanya. Kerana lagu ini dan suaranya yang merdu itu membuatkan dirinya diterima umum.

Vokal mantapnya tidak perlu dipertikaikan. Boleh dikatakan keseluruhan lagu termasuklah lagu Fantasia, Ku Cinta Padamu dan Sebenarnya bergantung kepada vokal dan juga susunan muzik yang indah.

Tiga lagu yang menjadi judul antara 11 lagu yang terkandung iaitu Tekad, Tabah dan Redha yang terletak di trak ke sebelas. Apapun ia album yang baik dan jangan lupa dapatkannya di pasaran.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA
PENGULAS: UTUSAN MALAYSIA


KEGILAAN penonton tempatan terhadap drama bersiri Winter Sonata, secara tidak langsung membantu hazami mempopularkan lagu Sonata Musim Salju. Malahan lagu tersebut sering diputarkan sewaktu drama tersebut ditayangkan.

Meskipun lagu tersebut memperkenalkan Hazami kepada pendengar tempatan tapi bila mendengar album sulungnya ternyata lagu itu tidak mewakili konsep sebenar albumnya.

Ini kerana labum Tekad Redha Tabah, peminat dapat mengenali bakat sebanar Hazami. Malahan album ini merupakan nukilan rasa Hazami untuk didengar oleh peminat-peminatnya.

Penyanyi yang berasal dari Pulau Pinang ini bukan sahaja mempunyai vokal yang baik, malahan beliau juga berkebolehan mencipta lagu.

Hazami yang banyak mendedahkan muzik luar negara ternyata tahu arah yang mahu diketengahkan. Berbekalkan pengalaman belajar menyanyi di luar negara, beliau berjaya menghasilkan ciptaan yang lain daripda lagu sedia ada.

Penyanyi ini juga bijak bermain vokal untuk lagu-lagu yang diperdengarkan. Boleh dikatakan setiap lagu yang didendang mempunyai daya tarikan tersendiri. Begitu juga dengan judul lagu, kebanyakannya menampilkan tajuk yang ringkas. Malah ada lagu yang di ulang judulnya tapi didendangkan dengan irama yang berbeza.



[ Kembali... ]

 
 
 
 
 
Copyrights 2006, 2007 Music & Me Entertainment , All Rights Reserved.
No Unauthorised Duplications Of Materials